Sunday, August 31, 2008

hari puttar vs harry potter


ulala.

Warner Bros telah menyaman sebuah penerbitan filem dr Bollywood yg menamakan filem baru mereka "Hari Puttar" kerana katanya ianya lebih kurang sama dgn tajuk filem popular terbitan mereka, "Harry Potter".

Hari Puttar, sebuah filem hindi yg dishooting di England nih menceritakan tentang kisah seorang budak kecil bernama Hari ( Puttar bermaksud anak lelaki dlm Hindi) yg ingin menyelamatkan secret formula devised milik ayahnya, a scientist, dr dicuri oleh 2 orang penyangak. kire lebih kurang mcm citer Home Alone la plak kan. manakala Harry Potter plak, pada siapa yg tak tahu pasal citer nih (walaupun dah nak masuk sequel yg ke 6) , ianya mengisahkan tentang ahli sihir kanak2 yg diadaptasi dari novel popular karya J.K Rowling. walaupun kedua2 citer nih berbeza tp Warner Bros ada hak mutlak ke atas nama Harry Potter nih so diorg x nak ada mana2 filem atau apa jua bentuk penerbitan lain yg berkenaan dgn nama Harry Potter langsung.

mcm2 berita yg berlaku pasal Harry Potter lately nih. last year, J.K Rowling n Warner Bros telah pun menyaman RDR Books, sebuah syarikat penerbitan buku di Michigan kerana menerbit buku bertajuk "Harry Potter Lexicon". x sure plak kes tuh dah settle ke lom. n then, bbrapa bln lepas, Rob Knox, salah seorang aktor dlm sequel Harry Potter yg terbaru, Harry Potter and the Half Blood Prince mati ditikam dlm pergaduhan di luar pub di London. n sebelum citer pasal Hari Puttar nih kuar, kecoh plak pasal filem Harry Potter and the Half Blood Prince yg sepatutnye ditayangkan dlm bln Nov thn nih dipostpone plak ker July thn depan atas sebab2 yg x dpt dielakkan. mcm gimmick jer semua kan?

apa2pun, kisah di atas nih baik dijadikan iktibar oleh pihak2 penerbitan lain. jgn dok selamba amik hak org tanpa minta kebenaran terlebih dahulu. kalo amik pastuh simpan, xper. nih nak kaut keuntungan plak. nama pun ada hak cipta terpelihara tau!

=) tetibe terupdated dengan isu entertainment lak.



SELAMAT menyambut KEMERDEKAAN, wahai negaraku Malaysia.

No comments:

Post a Comment

i am typing...

New Premium Post

Pesanan untuk muslimah yang ingin berkeluarga

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan u...