Tuesday, July 28, 2009

:: Haritu, Harini, Dahulu dan Sekarang ::

HARITU,



Hari yang cerah.
Pokok cili kat luar rumah melambai2.
Angin bertiup sepoi2.
Tingkap terbuka luas.
Kiteorang makan dengan sedapnya jemput2 yang memang bagaikan menu wajib famili sekali dalam sebulan.

"cerap..cerap..glup" bunyik tekak. pastu, kesunyian terganggu.
" akak, Yasmin Ahmad meninggal" Ibu aku berkata, sambil terus membelek2 TheStar yang dibeli tadi daripada mamak di kedai Mamak Shop.
"Inalillah..., semuga rohnye dicucuri rahmat" Aku membalas lambat sikit sebab tengah mengunyah.

Tapi.. tak lame lepas tu, dalam 70 saat kot. Sempatlah kunyah 1 jemput2 kecik.
" er, siapa die ibu? ". Ada lak suare yang ragu2 bertanya.
" alarh, writer, scriptwriter dan director tuu''.
" Ohh" Aku buat2 tahu, dan buat konklusi yang arwah bukan orang yang famous. Dan berakhirlah perbualan kami.

Siyess, aku memang tak berapa nak ingat orang2 dalam dunia filem ke nyanyian ke ape ke. Memang bagaikan katak dalam tupperware tebuka la. So, mohon maaflah.



KAwan2 aku pun taw. Sedangkan budak kelas aku pun nak ambek masa 2 bulan baru kenal semua betul2, ni apatah lagi makhluk2 lain yang berada di muka bumi Allah yang luas! ("^ >^). ...

TADI,
Aku melakukan aktiviti wajib sebagai follower, tengok2 blog mana updated. Tiba2 terjumpa satu post yang berentittled The Angel is Gone.

"menarik2". Aku berkata sorang2. Lalu terjahlah ke dalam blog itu dengan penuh semangat dan penuh simbol tanda tanya di kepala.



LAlu, aku baca, terus membaca, dan membaca.
Dan tengok gambar. " ish, sape angelnya, aku berkata. Satu muka pun tak feymes". HoHO.

Tapi aku tahu post itu khusus untuk Allahyarham. Cuma yelah, bagaikan katak dalam tupperware seperti sudah dikata tadi.

Jadi, peristiwa tu lah menyebabkan aku search pasah Allahyarham Yasmin Ahmad. Lalu terjumpa wikipedia yang banyak input tapi tak menarik warnanya tuh.




Huruf demi huruf,
line demi line,
perenggan demi perenggan,
topik demi topik..

tup tup! JAntung aku bunyik semacam kuat, "dupdap, dupdap, dupdap". Terkesima, terkedu, terpana, terbatu. Semua ada! Satu ayat jek aku cakap waktu tu, "Ya Allah, kerdilnya diri ini".

Waktu tu baru sedar siapa gerangan Arwah Yasmin. Jiran aku ke? Buah jantung hati aku ke? ...

DAHULU,
Aku pernah menjerit dengan nada tak kuat. "ibu, ibu. Cepat sini~".
Lalu kami melihat, dan terus menghayati. Menyelami ke dalam setiap saat benda tuh ditayangkan.

DAHULU,
kekadang juga ada masa, ibuku yang memanggil. "Fath! dah nak mula dah ni". Dan kami juga menyelami sambil menyulami dengan gelak tawa atau satu perasaan 'impressive''.

SEKARANG,
Baru aku sedar, Allahyarham Yasmin Ahmad tu lah yang membuatkan aku pernah bercita-cita untuk jadi Director Iklan Petronas, national oil dan gas company. (er, dahulu ye..)

Dan aku baru sedar, dia lah storyteller untuk iklan-iklan yang memang konfem kiteorang tak sabar2 nak tengok.

Almaklumlah, saya bukan peminat tv, jadi filem2 Allahyarham, satu pun saya tak
tengok. Tapi iklan Allahyarham satu pun saya tak terlepas.

Alfatihah untuk Arwah Yasmin Ahmad.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

12 comments:

  1. haha.
    takleh blah cite ko!
    ayun doh!
    ko memang katak la weih
    dia director paling feymos!

    sengal.

    ReplyDelete
  2. to nara :

    ahah!
    awal2 dah kata mohon maaf kan?
    dan lagi sekali maaflah.
    bukan sengaja, tapi dah jadi tabiat tak rajin ambik tahu.
    dah itu aku, nak wat camane?
    sekurang2nya da tao dah sekarang..
    tak adelah langsung tak tao.

    =)tenkiuq singgah~

    ReplyDelete
  3. yala-yala.
    mletop jugak post kat blog kao ney.
    tapi taley pon follow.

    sengal.

    ReplyDelete
  4. Er.
    awat ko mesti taip 'sengal' kat bawah komen ko?
    pelik.

    boleh2. bolehla follow.

    ReplyDelete
  5. walawey!!!!!!

    YAsmin Ahmad khunsala
    nama makbapak bagi nama Zulkifli

    toksah puji sangat
    terlampao da

    ReplyDelete
  6. stj2

    VOTE for AT

    lu gi sdr http://beautifulnara.com/yasmin-ahad-sebenarnya-lelaki/

    ReplyDelete
  7. to AT dan MAMBANG :

    Muka memang hampir.
    Tapi kalu bertul pun, biarkan ajelah.
    Tak perlulah kan nak kecoh2??
    Tak baik.
    Kan aib tu.
    Lagipun dah meninggal dah pun insan tu.

    ReplyDelete
  8. terkejut juga bila tau dia sudah tiada.
    filem2 die banyak yg unik..
    iklan petronas yg die buat mmg bez!!
    Al-Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  9. semoga rohnya dicucuri rahmat....

    semoga kita juga dpt bersama di Syurga...amin

    ReplyDelete
  10. TO samm :
    hee.
    terkejut2 but just bile dah tau sape die
    =D

    TO mursyid :
    Amin Ya Rabb'aLamin~

    ReplyDelete
  11. TO mero :

    respond yg x berpatutan.
    =P

    ReplyDelete

i am typing...

New Premium Post

Pesanan untuk muslimah yang ingin berkeluarga

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan u...