Wednesday, February 17, 2010

hidupnya kehidupan atas satu dasar..


assalamualikum n olla~
=)

last post, fath ada cerita pasal life. makna life pada fath sendiri.
Pastu, terus berusaha nak simpulkan makna entry panjang2 tu.
ringkasnya mungkin dapat simpulkan dalam video yang terjumpa dan terselak2 di celah2 himpunan jutaan video kat youtube.

apa salahnya nak jadikan entry... betul tak??
lagi pun, dah termaktub! I write something that i want to read.
so sape2 pikir bosan, takape!
kadang2 setuju jugak.
blog nih bosan.

balik pada topik.
ni link ke situ.

harap terhibur dan beri kesan.
Fikir2. memang LIFE= RISK.
haaa. itu kesimpulan pada entry lepas.
It shows us to live the life, courage and persistence needed!

Sedarkanlah diri, semua perkara ada pros and cons, baik dan buruknya.
Sedangkan Nabi Muhammad, rasullullah dan kekasih Allah itu pun, tak terkira cabaran yang dihadapi. Dimaki, diejek, dijadikan sasaran nak dibunuh, dicampak tahi unta, macam2.

Apatah lagi kita sebagai hamba Allah yang kerdil ni kan.
Sedarlah kawan2 dan diri sendiri, kehidupan itu memang penuh cabaran. Semua itu yang membuatkan kita ternampak semula jalan menuju ke cahaya rabbani dan hidayah Allah. Kita selalu lupa. Kita selalu lalai apa yang kita dah pun tahu.

Setuju tak, cahaya rabbani ada je berdekatan, tapi kita pandang ke tak ke arah tu? Wallahualam. tanyalah diri.

SEdarlah, mendapat sesuatu gembira ada risiko. mendapat sesuatu sedih pun berisiko.

Kita selalu lalai dan berfoya2 bila gembira. Kita selalu marah2 bila masalah bertimpa2.

Kadang2 buku tebal jatuh kat ibu jari, kita dah marah2, kita dah keluar kata2 tak baik. Kadang2 kita tak dengar perkara yang kita tak nak, kita dah murung sepanjang hari.
konon2 bad mood. hee. tak ke?

Mari! Kita belajar dari kesilapan. Kita belajar dari lampau. Kalau kita tak ada masalah kita tak jadi diri kita. Kalau kita tak jatuh2 waktu belajar jalan dulu2, kita tak akan nak jalan. Kita tak rasa seronoknya cabaran!

Kita tahu juga kan, masalah yang diterima itu patutnya lebih sedarkan diri kita yang leka. Musibah itulah patutnya lebih mendekatkan diri kita pada Allah. Tetapi, dengan detik2 yang berlalu. Itu ke yang berlaku pada kita?

Kita tahu kan sebenarnya, Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Kitakan ada nyanyikan dulu 20 sifat2 Allah. ''Allah wujud, Qidam Baqa', Mukholafatuhu..........''.

Jangan kita lupa bahawa Allah menyatakan:-

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran ayat 26)


Sedarlah kembali wahai diri,
Dirimu itu adalah Hamba Allah yang sangat kerdil di sisi-Nya. Dan dunia fana ini sementara. Carilah kehidupan yang unggul dan jitu. Capailah cita2mu. Selagi tidak tersasar dari landasan yang ditetapkan Islam. Maka, teruskanlah.

''Ya Allah, tanamkanlah di hati ini sifat bersyukur kepada-Mu ketika mendapat nikmat. Dan bersyukur kepada-Mu ketika ditimpa musibah.'' amin.

ps= hidupnya kehidupan adalah atas satu dasar. Dasar yang Allah nak kita tempuh.

2 comments:

  1. wow.
    entry ni sangat berkesan. lagi-lagi ada video tu. Terima kasih fath!

    ReplyDelete
  2. =)
    welcome.
    skdr kongsi2 n mrepek2. heheh

    ReplyDelete

i am typing...

New Premium Post

Pesanan untuk muslimah yang ingin berkeluarga

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan u...