Dengan nama Mu Ya Allah, kumulakan.
labuhnya mentari di sebalik gunung,
mengimbaukan kenangan yang terperit,
pudarnya warna di lukisan,
menampilkan karya yang tak berseri.
Duhai hati, berhati-hatilah,
Makin kau berusia, makin banyak ranjau kau tempuhi,
Makin kau berjawatan, makin banyak bauan di sekeliling.
Jagalah hati mu, rakan dan diri,
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah qalbu.
(hadis riwayat bukhari dan muslim) .
Lunakkanlah si hati dengan ayat-ayat terindah Allah,
Tiada buruknya membaca Quran walau hanya sempat sehari semuka.
Wallahualam~
No comments:
Post a Comment
i am typing...