Wednesday, December 19, 2012

The Thir-ti-eth, thirtieth


Bismillah hirrahman nirrahim.
Salam ukhwah~

Kata sifu saya semalam,dalam semasa kami berbulatan gembira.
" Perasan tak surah surah dalam juzuk 30,majoriti ayat ayatnya pendek pendek.Kadang kadang bila kita nak membacanya senafas,rasa mengah.Rasa penat.Rasa macam tak terkejar?"

"Dan kalau kita perhatikan betul betul tafsir surah surah dalam juzuk 30,majoriti berkisar tentang situasi di hari terakhir dunia ini iaitu hari akhirat.Sisters,rasailah nikmatilah hari terakhir dunia ini,kekalutannya ketakutannya kebimbangannya ketidakpastiannya hari tersebut dengan menghayati surah dalam juzuk 30 ini."

"Bodohlah kita jika tidak menghalusi sesuatu yang pasti akan terjadi."

Saya maklum sekali kita sangat busy dalam mengatasi kekencangan waktu berlari.Satu topik baru nak faham,sepuluh topik pula yang baru dapat hari ni.Ada waktu bekerja,ada waktu kita tenaga kita diserap pula dengan permasalahan sehari hari.

Namun,harus sedar juga.Yang pasti dalam dunia ini hanyalah kematian yang mendekat.Memangil manggil waktu kita yang semakin kehabisan.Jagalah Allah jagalah hak hak Allah,nescaya Allah menjagamu.

Aku bukan yang terbaik.Jauh sekali mahu jadi munafik.
Du'aa jangan henti,Tuhan tak pernah jemu dengan permintaan kita sehingga kita sendiri bosan denganNya =)

No comments:

Post a Comment

i am typing...

New Premium Post

Pesanan untuk muslimah yang ingin berkeluarga

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan u...